10 Langkah Untuk Memastikan Diri Daripada Dijangkiti:  Sentiasa mencuci tangan   ●   Elakkan mendampingi mereka yang sakit   ●   Berehat di rumah, jika kurang sihat   ●   Tutup hidung dan mulut semasa batuk dan bersin   ●   Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar   ●   Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit   ●   Amalkan cara hidup yang sihat (Jangan merokok - Dapatkan tidur yang mencukupi - Bersenam secara tetap/sentiasa aktif - Atasi stres - Banyakkan minum air - Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat)   ●   Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit   ●   Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit   ●   Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa

Guru sekolah bergambar-ramai di majlis berkenaan.

Murid dan ibu bapa yang menerima sumbangan bergambar-ramai bersama Hajah Sarimah dan penolong-penolong guru besar sekolah.

Hajah Sarimah menyampaikan sumbangan derma kepada ibu
bapa dan anak-anak yatim yang terdiri daripada murid
sekolah berkenaan.
Guru dan murid yang menghadiri majlis berkenaan.






BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Mereka yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan lebih-lebih lagi ketika umat Islam hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi dengan anak-anak yatim menerima bantuan untuk memastikan mereka juga turut menikmati sambutan berkenaan dengan penuh keriangan.

Sehubungan itu, Sekolah Rendah Dato Basir mengadakan majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim bagi murid sekolah berkenaan, penyampaian derma kilat kepada bekas guru sekolah dan majlis khatam al-Quran yang diadakan di Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Dato Basir, Lambak Kanan, hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diikuti dengan bacaan surah dan doa khatam. Ia diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa diketuai Ahmad Raynol Haji Mohd Rozey.

Majlis diikuti dengan penyampaian derma kepada tujuh anak yatim dari lima keluarga yang terdiri daripada murid sekolah berkenaan yang disampaikan Guru Besar Sekolah Rendah Dato Basir, Hajah Sarimah Haji Bakir.

Acara itu merupakan program tahunan anjuran Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kebajikan & Sosial sekolah yang dihasratkan dapat meringankan bebanan murid ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan derma merupakan hasil kutipan dan sumbangan ibu bapa, guru serta kakitangan sekolah berkenaan.