10 Langkah Untuk Memastikan Diri Daripada Dijangkiti:  Sentiasa mencuci tangan   ●   Elakkan mendampingi mereka yang sakit   ●   Berehat di rumah, jika kurang sihat   ●   Tutup hidung dan mulut semasa batuk dan bersin   ●   Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar   ●   Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit   ●   Amalkan cara hidup yang sihat (Jangan merokok - Dapatkan tidur yang mencukupi - Bersenam secara tetap/sentiasa aktif - Atasi stres - Banyakkan minum air - Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat)   ●   Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit   ●   Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit   ●   Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa

Guru sekolah bergambar-ramai di majlis berkenaan.

Murid dan ibu bapa yang menerima sumbangan bergambar-ramai bersama Hajah Sarimah dan penolong-penolong guru besar sekolah.

Hajah Sarimah menyampaikan sumbangan derma kepada ibu
bapa dan anak-anak yatim yang terdiri daripada murid
sekolah berkenaan.
Guru dan murid yang menghadiri majlis berkenaan.






BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Mereka yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan lebih-lebih lagi ketika umat Islam hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi dengan anak-anak yatim menerima bantuan untuk memastikan mereka juga turut menikmati sambutan berkenaan dengan penuh keriangan.

Sehubungan itu, Sekolah Rendah Dato Basir mengadakan majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim bagi murid sekolah berkenaan, penyampaian derma kilat kepada bekas guru sekolah dan majlis khatam al-Quran yang diadakan di Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Dato Basir, Lambak Kanan, hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diikuti dengan bacaan surah dan doa khatam. Ia diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa diketuai Ahmad Raynol Haji Mohd Rozey.

Majlis diikuti dengan penyampaian derma kepada tujuh anak yatim dari lima keluarga yang terdiri daripada murid sekolah berkenaan yang disampaikan Guru Besar Sekolah Rendah Dato Basir, Hajah Sarimah Haji Bakir.

Acara itu merupakan program tahunan anjuran Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kebajikan & Sosial sekolah yang dihasratkan dapat meringankan bebanan murid ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan derma merupakan hasil kutipan dan sumbangan ibu bapa, guru serta kakitangan sekolah berkenaan.













6-8.7.09 Day 1-3 SRDB









Teachers who attended yesterday's ceremony. - AIHUA

Special prayers were recently hosted by Dato Basir Primary School to bless three teachers who have completed their teaching practice and to seek the protection of Allah the Almighty against the A (H1N1) influenza.

Dyg Shaharlena binti Hj Sapar underwent nine weeks of teaching practice, while assistant teachers Dyg Siti Norhasimah binti Hj Abd LAtif and Awg Khiruddin bin Mohammad completed their five-week training on June 13, 2009.

The prayers were led by Ustaz Mesheidi bin Hj Damit.

Pemeriksaan suhu badan semua pelajar dan kakitangan sekolah terus dilaksanakan sebagai langkah untuk memantau serta menangani masalah Influenza A (H1N1).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Jumlah kes baru jangkitan Influenza A (H1N1) terus dilaporkan dengan setiap hari mencatatkan kes baru jangkitan yang menyebabkan orang ramai turut menyatakan perasaan bimbang dan khuatir mengenai risiko jangkitan.

Namun mereka tidak seharusnya bersikap cemas dan panik tetapi harus meningkatkan kewaspadaan mereka dan mematuhi peraturan serta nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Ke arah usaha untuk menangani masalah berkenaan, semua pihak harus memainkan peranan aktif dalam memastikan peraturan dan nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dapat dipatuhi serta bersama-sama memikul tanggungjawab untuk melaksanakan peraturan yang dikeluarkan.

Sementara itu dalam usaha mengawal, memantau dan menangani secara berterusan Influenza A (H1N1) daripada merebak, pihak sekolah di seluruh negara diwajibkan memeriksa suhu badan semua pelajar dan penuntut sebelum mereka memasuki bilik darjah masing-masing.

Tinjauan Media Permata mendapati pihak sekolah terus melaksanakan inisiatif seperti yang diarahkan untuk memeriksa suhu badan semua pelajar dengan pelajar yang didapati sihat akan ditandakan dengan pelekat dan dibenarkan untuk memasuki bilik darjah masing-masing.

Tetapi mereka yang kurang sihat akan diasingkan di bilik pengasingan khas dan ibu bapa mereka akan dihubungi untuk diambil serta dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan berdekatan.

Di samping langkah pemeriksaan, Kementerian Pendidikan juga mengeluarkan surat pekeliling untuk memaklumkan kepada guru besar dan pengetua supaya menasihatkan ibu bapa apabila mendapati anak-anak mereka kurang sihat untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.

Langkah itu diambil bagi sama-sama menangani Influenza A (H1N1) dan sekolah juga diarahkan untuk menyediakan Hand Sanitizer , supaya guru dan murid serta penuntut sama-sama menjaga kesihatan termasuk mengambil perhatian terhadap kebersihan sekolah dan tandas. Pada masa sama Kementerian Kesihatan sedang mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah yang melanda negara bukan saja menerusi pemantauan berterusan tetapi juga menerusi kegiatan penyebaran maklumat, taklimat serta risalah kepada agensi kerajaan dan orang ramai untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai perkembangan terbaru dan langkah untuk menangani masalah berkenaan daripada merebak tanpa kawalan.

Kementerian Kesihatan menekankan kepada semua orang untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap penyakit itu kerana Influenza A (H1N1) mudah berjangkit dan perkara itu boleh mengakibatkan ramai orang jatuh sakit yang akan menjejaskan kehidupan seharian orang ramai.

Kemungkinan juga berlakunya mutasi bagi virus Influenza A (H1N1) kepada virus yang lebih berbahaya serta masih belum terdapat vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1).Kementerian Kesihatan juga terus menekankan kepada orang ramai supaya meningkatkan kewaspadaan dan bagi mereka yang baru kembali dari negara yang terjejas dalam tempoh tujuh hari dan mempunyai simptom penyakit supaya terus berjumpa doktor di pusat kesihatan yang berdekatan atau hospital.

Mereka juga disarankan supaya mengurangkan kegiatan sosial dan tempat yang sesak dalam masa tujuh hari termasuk, tempat keramaian, pusat membeli-belah, pasar, gerai, restoran, panggung wayang dan kolam renang.

Mereka juga diminta supaya sentiasa berwaspada dan mengambil maklum serta mengikuti langkah penjagaan yang ditekankan oleh Kementerian Kesihatan iaitu untuk kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air dan mengeringkan menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan, menggunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman yang boleh digunakan jika tiada kemudahan mencuci tangan, menutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah, mengelak daripada mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza serta mengelakkan mengunjungi tempat yang sesak.

Hajah Sarimah (kanan) menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Dayang Shaharlena (kiri).

Dayang Shaharlena menyampaikan ucapan beliau.

Sebahagian guru-guru yang menghadiri majlis berkenaan.

Guru-guru menikmati jamuan.



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Sekolah Rendah Dato Basir mengadakan acara 3 dalam 1 iaitu acara Doa Tolak Bala, Doa Perpisahan dan Doa Selamat yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah berkenaan, kelmarin.

Acara dimulakan dengan bacaan Doa Tolak Bala yang diketuai oleh Awang Mesheidi Haji Damit bertujuan untuk menghindarkan terjadi penyebaran wabak Influenza A (H1N1).

Majlis diteruskan dengan acara doa perpisahan dan doa selamat bagi Guru latihan belajar dari Universiti Brunei Darussalam, Dayang Shaharlena Haji Sapar yang menamatkan tempoh latihan di sekolah beliau selama 9 minggu bermula 11 Mei hingga 11 Julai.

Turut diraikan di majlis itu adalah dua penolong guru berlatih dari Universiti Brunei Darussalam, Dayang Siti Norhasimah Haji Abdul Latif dan Awang Khiruddin Mohammad yang menamatkan tempoh latihan di sekolah selama 5 minggu bermula dari 13 Jun hingga 11 Julai.

Di majlis itu, ketiga-ketiga pelajar dari Universiti Brunei Darussalam menerima cenderahati dan sijil yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Dato Basir, Hajah Sarimah Haji Bakir. Majlis diakhiri dengan acara menikmati jamuan yang disediakan.