Sekolah Rendah Dato Basir Brunei II A tempat KeTiga dalam Peraduan Menghafaz Surah-surah Ayat Lazim
srdatobasir
Dyg NurNasyidah Binti Melali telah memenangi tempat ketiga dalam Peraduan Menghafaz Surah-surat Ayat Lazim yang telah diadakan pada awal bulan Mei tahun ini, bertempat Sekolah Rendah Amar Pahlawan Brunei II A.

Mohd Ishammudin meraih tempat kelapan dalam
Peraduan Azan Suboh serta Doanya , walaupun tidak meraih kemenangan tetapi kesungguhannya dalam berlatih adalah sangat-sangat dipuji dan dihargai. Insya Allah tahun depan cuba lagi....
Pembentangan Kertas Kerja Minggu Kedua diadakan
pada Rabu 26 Rabiulakhir 1430 bersamaan 22 April 2009 di bilik Makmal Komputer 1 SRDB
Pembentang Pertama: Cikgu Nurul Zulaikha Shaierah binti Abdullah Chan
Pembentang Kedua: Cikgu Dk. Siti Nuhairina binti Pg. Hj. Mohammad
Mohd Hasrin bergambar bersama guru-guru dan juara kejohanan, Pasukan Sekolah Rendah Dato Basir.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Sekolah Rendah Dato Basir berjaya untuk menundukkan Sekolah Rendah Amar Pahlawan, 24-6, untuk muncul juara di dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam 2009 Bagi Kawasan Brunei II (A) di dalam perlawanan akhir Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini.
Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu diadakan selama dua hari dengan pusingan awal diadakan pada 11 April dan pusingan penentuan diadakan hari ini.
Sebanyak 10 pasukan dari sepuluh buah sekolah rendah di Kawasan Brunei II (A) menyertai kejohanan dengan Sekolah Rendah Dato Marsal menjadi tuan rumah kepada kejohanan tahunan berkenaan.
Hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Penyelia Daerah Brunei II A , Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Mohd Hasrin Abdullah.
Sekolah Rendah Dato Basir dinobatkan sebagai juara di dalam kejohanan itu dengan Sekolah Rendah Amar Pahlawan di tempat kedua dan Sekolah Rendah Pantai Berakas dan Sekolah Dato Othman bersama-sama menduduki tempat ketiga.Di dalam kejohanan itu juga, hadiah turut disampaikan kepada pemain-pemain terbaik posisi masing-masing; Wing Attack terbaik Dayangku Siti Nur Syairah Pengiran Ya'akub dari Sekolah Rendah Dato Basir, Centre terbaik Nur Husnina Saifful Rizal dari Sekolah Rendah Pantai Berakas, Goal Defender Terbaik Nurzaidhradiyatol Mohamad Zainuddin dari Sekolah Rendah Dato Basir, Jurulatih Terbaik, Cikgu Timah Ulat dari Sekolah Rendah Dato Basir dan Pemain Terbaik, Izzatun Nabihah Khairul Shaffarani dari Sekolah Rendah Amar Pahlawan.























