10 Langkah Untuk Memastikan Diri Daripada Dijangkiti:  Sentiasa mencuci tangan   ●   Elakkan mendampingi mereka yang sakit   ●   Berehat di rumah, jika kurang sihat   ●   Tutup hidung dan mulut semasa batuk dan bersin   ●   Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar   ●   Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit   ●   Amalkan cara hidup yang sihat (Jangan merokok - Dapatkan tidur yang mencukupi - Bersenam secara tetap/sentiasa aktif - Atasi stres - Banyakkan minum air - Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat)   ●   Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit   ●   Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit   ●   Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa

Mengimbas kenangan lama acara sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW sekitar tahun 59, 60an dan 70an berbeza dengan atur cara sambutan yang ada sekarang.
Sambutan dalam tahun 60an dimulakan dengan berjalan mengelilingi Bandar Brunei dari Padang Besar. Sekarang, perarakan dimulakan dari Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
Dahulu, peserta yang mengambil bahagian berdiri keliling padang sambil mendengarkan syarahan agama disampaikan Kadi Besar Jabatan Hal Ehwal Ugama, dan selesai sahaja syarahan, laungan selawat tiga kali ke atas Nabi Muhammad SAW, kemudian barulah pasukan berarak keluar mengelilingi Bandar Brunei.
Antara jalan-jalan yang dilalui peserta yang dimulakan oleh pancaragam pasukan Polis Diraja Brunei ialah Jalan Stoney, Jalan Sekolah St George, Jalan Sekolah SMJA, Jalan Tasek lama, Jalan Kianggeh, Jalan McArthur, Jalan Kampung Sultan Lama, Jalan Chavelier dan masuk semula ke padang besar.
Sepanjang perarakan itu, peserta lelaki dan wanita menyanyikan selawat, berdikir. Pakaian peserta
bagaimanapun masih sama seperti sekarang, iaitu baju cara melayu, bersinjang dan bersongkok bagi
peserta lelaki. Manakala peserta wanita memakai baju kurung dan bertudung. Warna baju bagaimanapun digalakkan berwarna putih.
Dahulu, cogan kata menggunakan cat tulisan jawi atau rumi di atas kain warna putih atau hitam berbanding sekarang yang menggunakan kain rentang dicetak. Barisan hadapan pemegang cogan kata seramai empat orang dan kebanyakan peserta dalam tahun 60an terdiri daripada murid-murid sekolah, maktab dan penduduk kampung terutamanya penduduk Kampong Ayer.
Sekarang, majlis keagamaan seperti dikir Maulud dan majlis puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW diadakan sebelum 12 Rabiulawal lagi di seluruh masjid dan balai ibadat seluruh negara bagi mengenang jasa dan perjuangan Nabi Muhammad SAW menegakkan agama Islam.

0 comments:

Post a Comment